Saturday, 4 June 2016

Percutian ke USS Singapore

Salam to all readers ..

Guys, how are you today? okay hari ni syery nak bercerita sikit lah tentang trip syery and my classmates ke USS Singapore. Bukan percutian sangat lah tapi as terapi diri nak release kan stress dari kena mengadap assignment so adalah trip ni. setelah ditunda tunda and tunda , finally on that date 2/6/2016 kami pun pi lah USS Singapore. trip ni adalah sebelum puasa and sebelum final..wahh esok da puasa weyh malam ni da bole terawih. 




Ini merupakan trip kedua aku ke USS Singapore. last pergi Singapore pun time Dip dulu tahun 2012 kot dengan budak kelas jugak under subjek Tourist Guiding Technique. kami pergi dengan amik pakej dari Rajawali Bintang Travel & Tours. Bila tiba di Singapore, aku memang kagum habis lah sebab depa ni memang jenis ikut peraturan. kalau aku memang redah ja la. Nak naik bas, MRT siap beratur tak da langsung aktiviti tolak menolak. and kalau korang nak ke Singapore, aku syorkan dekat korang praktis berjalan kaki sebab dekat sini kebanyakkan berjalan kaki. huh memang jenis minum anlene selalu kot depa nih, aku yang tawaf USS tu pun naek lenguh nak tercabut lutut kaki. tapi demi nak main semua benda kugagahi jua. 

yeayy da dapat tiket

USS Singapore ini merupakan taman tema permainan bagi kanak-kanak, orang muda remaja termasuklah orang tua pun boleh bermain (tu pun kalau tak sakit jantung). Taman tema yang pertama aku kunjungi di USS Singapore adalah "LIGHT CAMERA ACTION!" Pertunjukkan video ke New York, nampak real gila! Kemudian terus ke "ROLLER COASTER", permainan ini memang best memang dia buang stress aku, tambah-tambah aku duduk depan sekali dengan Lily. rasa macam tak puas pulak naik bendalah nih. aku dengan Lily terjerit-jerit kat atas tu. apa yang syok sangat tak tahu lah. tapi memang kau rasa nak jerit ja biar terkeluar anak tekak. hahaah..






water world


lepastu kami pergi pulak kt 'Water World', tengok pertunjukkan tembak-tembak. nasib ada bawak baju hujan, niat bawak baju hujan sebab nak masuk 'jurasic park'. tapi kat sini pun kena simbah air nasib tak basah lencun. sebanarnya bole dikatakan semua tempat kami masuk, sampai malam balik rumah masing-masing lembik letih sangat..hahaaa aku paling suka masuk 'transformer ride' dengan 'Mummy revenge'. tak menyesal weyh macam nak berator masuk lagi. hahahaa apa pun tempat ni sesuai sangat dijadikan tempat bercuti bersama family and friends. 

bergambar dengan transformer



ini tempat pertunjukkan movie 'THE SHREK'. memang best terhentak-hentak kepala aku kat kerusi tuh..


gambar tu penting

puss in boots


 orang pink tengah main hujan. hujan lebat time nih


 jangan tak percaya kami main benda nih. teringin nak jadi kanak-kanak balik. tapi kejap ja dia pusing memang tak puas. hahaa


 yeayy naik sampan kayu dekat Madagascar Ride

beratur tunggu turn

my dear best friends


 Cantikkan pemandangan di USS Singapore, susun atur kedai pun cukup cantik. Yang paling penting, Singapore ni memang bersih. Naik bas, pandang tepi dan sekeliling keadaan tak nampak pun sampah dekat kawasan Singapore. Betapa bersihnya kawasan Singapore sedangkan kawasannya pun turut ada kawasan perindustrian. Beza gila dengan tempat aku. Malu pula rasanya!

Apa pun memang best lah pergi sini. tempat yang ada storynya sendiri. i hope one day aku datang sini lagi with my family, insyaallah. tapi rasanya macam tak ley bawak family la pulak sebab ayah aku jenis tak suka tempat macam ni, tera pi pesta penang tu pun naik cemuih dia. dia lepas aku ngan adik aku then mak ayah p date makan kacang cerdik. hahaa feveret mak. Apa2 pun semuanya best. 

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. 
jangan lupa NIAT PUASA malam ni..ni dia lafaz  PUASA ..



TAMAN TEMA DI MALAYSIA

Selain daripada pulau-pulau dan pantai di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, Malaysia juga mempunyai banyak taman tema air yang semenangnya popular dalam kalangan penduduk tempatan yang kesini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Berikut antara taman tema air yang ada di Malaysia untuk dikunjungi.
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang sangat popular dan terbaik di Malaysia yang terletak di Subang Jaya Selangor. Sunway Lagoon mempunyai tarikan permainan yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Sunway Lagoon juga pernah dianugerahkan sebagai taman tema air yang keempat terbaik di Asia oleh TripAdvisor pada tahun 2015. Antara kemudahan lain yang ada disini adalah pusat membeli belah Sunway Pyramid dan Hotel.


2. Gambang Water Park
Gambang Water Park terletak di Bukit Gambang Kuantan, Pahang. Gambang Water Park mempunyai beberapa permainan gelonsor yang esktrem untuk golongan dewasa. Selain dari itu juga kemudahan dan prasarana disini lebih terjaga dan permainan untuk kanak-kanak juga banyak.


3. Lost World Of Tambun
Lost World Of Tambun terletak di Ipoh, perak yang sangat unik dan dikelilingi oleh hutan hujan tripika, tasik dan bukit batu kapur yang berusia jutaan tahun. Disini terdapat pelbagai gelongsor air yang menarik untuk dimain oleh kanak-kanak.


4. Wet World Shah Alam
Wet World Shah Alam merupakan taman tema air yang berkonsepkan alam sekitar dan tarikan utama disini adalah gelongsor air yang panjangnya 205 meter (Monsoon Buster Adventure) dan juga gelongan air gergasi yang dikenali sebagai Super Hurricane.


5. A Famosa Resort Water World
A Famosa Resort Water World merupakan sebahagian daripada 3 taman tema yang ada di A Famosa Resort dan taman tema air ini merupakan yang terbesar di Malaysia serta mempunyai pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak. Disini juga terdapat gelongsor air yang lebih ekstrem untuk orang dewasa.

BEAUTIFUL ISLAND IN MALAYSIA

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang terbahagi kepada 13 buah negeri dan setiap negeri-negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar yang gemar melancong ke negara kita dan antara yang menjadi tumpuan adalah kawasan pantai, hutan rekreasi dan bandar.
Bagi rakyat tempatan pula, sudah menjadi rutin bagi mereka untuk bercuti di dalam negara kerana Malaysia sendiri mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika sekiranya korang masih belum habis terokai tempat menarik di Malaysia ambil masa untuk terokai negara sendiri dan bandingkan dengan negara lain. Dari situ maka akan timbulnya semangat cintakan negara dalam diri korang. Tambahan pula, sekarang kan musim cuti sekolah, so why not ajak parents korang pergi melancong dalam Malaysia pun banyak tempat menarik. Proud to be Malaysian..huhuu

Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana di Malaysia terdapat banyak destinasi pelancongan pulau-pulau yang bertaraf dunia. Pulau-pulau ini juga sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba, diving, berkelah dan sebagainya. Dengan kecantikan pantai memang best nih kalau datang bercuti, tambah pulak bagi yang jenis suka bergambar jangan lepaskan peluang..wahh macam pesan untuk diri sendiri pulak. okay jom tengok Pulau apa yang cantik best tertarik menarik memang kebabomm..


1. Pulau Langkawi

Pulau Langkawi pernah mendapat tangga kedua sebagai destinasi berbulan madu terbaik di dunia dalam Anugerah Pelancongan Terbaik Travel + Leisure. Selain dari itu juga, banyak lagi anugerah pelancongan bertaraf dunia yang pernah dimenangi oleh Pulau Langkawi. Pulau Langkawi menawarkan pelbagai tarikan pelancongan sama ada di laut, gunung, hutan paya bakau, pusat membeli-belah, sukan air dan sebagainya.

2. Pulau Pinang

Bagi kita mungkin menganggap Pulau Pinang sebagai nama negeri sahaja. Namun di mata dunia, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah pulau yang menarik untuk bercuti kerana di disini terdapatnya pelbagai produk pelancongan dan aneka makanan sedap serta senibina dan kebudayaan yang boleh didapati disini. Merupakan sebuah pulau yang kecil dan terkenal sebagai syurga makanan dan tempat shoping serta catatan sejarah dunia menyebabkan ia dikenali di mata dunia.

3. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara sebagai sebuah destinasi pulau di Malaysia yang bajet serta sangat menarik untuk aktiviti laut. Pilihan penginapan bajet juga banyak disini dan permukaan dasar laut untuk menyelam juga bertaraf dunia serta sesuai untuk lakukan aktiviti menyelam, diving, scuba dan snorkeling selain daripada air lautnya yang jernih dan cantik.

4. Pulau Tioman

Pulau Tioman dianggap sebagai antara pulau yang tercantik di dunia. Walaupun pulau ini paling moden dengan prasarana yang lengkap berbanding beberapa pulau yang lain, namun kecantikan alam semulajadi masih lagi dikekalkan dan terjaga. Memang tidak disangkal lagi Pulau Tioman merupakan tempat menarik di Malaysia untuk berbulan madu kerana kawasan pulaunya yang cantik dan menenangkan.

5. Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan pulau terpencil di perairan Negeri Sabah yang dipenuhi dengan pokok kelapa, pasir pantai putih yang gebu dan juga dikelilingi dengan perairan penyu. Pulau Mabul sangat terkenal di kalangan penyelam-penyelam professional di seluruh dunia sebagai salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia.

THINGS TO TRAVEL

APA YANG PERLU ADA UNTUK NAK PERGI MELANCONG ??

Haii... Assalamualaikum..
okay hari ni syera nak share apa barang penting yang perlu korang check/ada sebelum korang pergi melancong. Tak kisah la samada melancong dalam atau luar negara benda ni amat penting untuk dibawa bersama. Harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


1. PASSPORT
Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda.



2. SENARAI HITAM 
Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen DISINI


3. TUKAR MATAWANG
Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan lawati. Jika memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank untuk mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuannya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.


4. KAD ATM
Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Namun kebiasaanya cas tersembunyi apabila korang mengeluarkan wang di ATM luar negara, pernah terkena RM10 setiap kali keluarkan duit. Hukss


5. TIKET PESAWAT
Pastikan Tiket Pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa yang betul untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi terutamanya AIRASIA!. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang. 




6. PENGINAPAN / HOTEL
Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi .

Pastikan hotel tersebut mempunyai kemudahan internet supaya korang dapat berhubung dengan rakan dan keluarga di Malaysia tau. Yang penting cinta hati! Sekarang kan semuanya canggih, skype ada, whatsapp, wechat, facebook dan bla bla bla.. huhuuu


7. TELEFON BIMBIT
Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Make sure bagi no telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu. 


8. UBAT-UBATAN
Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak stabil. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak. 


9. BAGASI
Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.


10. UNDANG-UNDANG
Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati untuk mengelakkan korang dikenakan denda.



11. KAMERA
Yang nih paling penting. Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan. bateri fon make sure penoh and memory kosongkan..gambar memang yang paling penting kalau bagi syera laa..hikkss


TIPS MELANCONG

4 Tips Persediaan Asas Sebelum Pergi Melancong






Melancong adalah aktiviti yang sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Kerana dengan melanconglah kita semua dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja. Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Melancong dalam atau luar negara sekalipun yang penting kita dapat merasai keseronokkan bersama yang tersayang. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui  tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong.


1. Tentukan Tempat Percutian

Langkah pertama, kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.

Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai.


 2. Mengkaji Lokasi Percutian Pelancongan  

Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Sebagai contoh, kita memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi kita. Jadi lakukan analisa tempat-tempat menarik di kawasan tersebut.

Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.


3. Rancang Perjalanan

Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.

Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.


4. Urus Bajet

Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah. Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.



Kesimpulan

Secara kesimpulan, rancanglah perjalanan percutian kita dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku, tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Maka, dari sekarang jom kita menabung untuk merancang percutian yang seterusnya. Semoga dengan usaha kita membuahkan hasil.