TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang terbahagi kepada 13 buah negeri dan setiap negeri-negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar yang gemar melancong ke negara kita dan antara yang menjadi tumpuan adalah kawasan pantai, hutan rekreasi dan bandar.
Bagi rakyat tempatan pula, sudah menjadi rutin bagi mereka untuk bercuti di dalam negara kerana Malaysia sendiri mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika sekiranya korang masih belum habis terokai tempat menarik di Malaysia ambil masa untuk terokai negara sendiri dan bandingkan dengan negara lain. Dari situ maka akan timbulnya semangat cintakan negara dalam diri korang. Tambahan pula, sekarang kan musim cuti sekolah, so why not ajak parents korang pergi melancong dalam Malaysia pun banyak tempat menarik. Proud to be Malaysian..huhuu
Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana di Malaysia terdapat banyak destinasi pelancongan pulau-pulau yang bertaraf dunia. Pulau-pulau ini juga sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba, diving, berkelah dan sebagainya. Dengan kecantikan pantai memang best nih kalau datang bercuti, tambah pulak bagi yang jenis suka bergambar jangan lepaskan peluang..wahh macam pesan untuk diri sendiri pulak. okay jom tengok Pulau apa yang cantik best tertarik menarik memang kebabomm..
1. Pulau Langkawi
Pulau Langkawi pernah mendapat tangga kedua sebagai destinasi berbulan madu terbaik di dunia dalam Anugerah Pelancongan Terbaik Travel + Leisure. Selain dari itu juga, banyak lagi anugerah pelancongan bertaraf dunia yang pernah dimenangi oleh Pulau Langkawi. Pulau Langkawi menawarkan pelbagai tarikan pelancongan sama ada di laut, gunung, hutan paya bakau, pusat membeli-belah, sukan air dan sebagainya.
2. Pulau Pinang
Bagi kita mungkin menganggap Pulau Pinang sebagai nama negeri sahaja. Namun di mata dunia, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah pulau yang menarik untuk bercuti kerana di disini terdapatnya pelbagai produk pelancongan dan aneka makanan sedap serta senibina dan kebudayaan yang boleh didapati disini. Merupakan sebuah pulau yang kecil dan terkenal sebagai syurga makanan dan tempat shoping serta catatan sejarah dunia menyebabkan ia dikenali di mata dunia.
3. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara sebagai sebuah destinasi pulau di Malaysia yang bajet serta sangat menarik untuk aktiviti laut. Pilihan penginapan bajet juga banyak disini dan permukaan dasar laut untuk menyelam juga bertaraf dunia serta sesuai untuk lakukan aktiviti menyelam, diving, scuba dan snorkeling selain daripada air lautnya yang jernih dan cantik.
4. Pulau Tioman
Pulau Tioman dianggap sebagai antara pulau yang tercantik di dunia. Walaupun pulau ini paling moden dengan prasarana yang lengkap berbanding beberapa pulau yang lain, namun kecantikan alam semulajadi masih lagi dikekalkan dan terjaga. Memang tidak disangkal lagi Pulau Tioman merupakan tempat menarik di Malaysia untuk berbulan madu kerana kawasan pulaunya yang cantik dan menenangkan.
5. Pulau Mabul
Pulau Mabul merupakan pulau terpencil di perairan Negeri Sabah yang dipenuhi dengan pokok kelapa, pasir pantai putih yang gebu dan juga dikelilingi dengan perairan penyu. Pulau Mabul sangat terkenal di kalangan penyelam-penyelam professional di seluruh dunia sebagai salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia.
No comments:
Post a Comment