Guys, how are you today? okay hari ni syery nak bercerita sikit lah tentang trip syery and my classmates ke USS Singapore. Bukan percutian sangat lah tapi as terapi diri nak release kan stress dari kena mengadap assignment so adalah trip ni. setelah ditunda tunda and tunda , finally on that date 2/6/2016 kami pun pi lah USS Singapore. trip ni adalah sebelum puasa and sebelum final..wahh esok da puasa weyh malam ni da bole terawih.
Ini merupakan trip kedua aku ke USS Singapore. last pergi Singapore pun time Dip dulu tahun 2012 kot dengan budak kelas jugak under subjek Tourist Guiding Technique. kami pergi dengan amik pakej dari Rajawali Bintang Travel & Tours. Bila tiba di Singapore, aku memang kagum habis lah sebab depa ni memang jenis ikut peraturan. kalau aku memang redah ja la. Nak naik bas, MRT siap beratur tak da langsung aktiviti tolak menolak. and kalau korang nak ke Singapore, aku syorkan dekat korang praktis berjalan kaki sebab dekat sini kebanyakkan berjalan kaki. huh memang jenis minum anlene selalu kot depa nih, aku yang tawaf USS tu pun naek lenguh nak tercabut lutut kaki. tapi demi nak main semua benda kugagahi jua.
yeayy da dapat tiket
USS Singapore ini merupakan taman tema permainan bagi kanak-kanak, orang muda remaja termasuklah orang tua pun boleh bermain (tu pun kalau tak sakit jantung). Taman tema yang pertama aku kunjungi di USS Singapore adalah "LIGHT CAMERA ACTION!" Pertunjukkan video ke New York, nampak real gila! Kemudian terus ke "ROLLER COASTER", permainan ini memang best memang dia buang stress aku, tambah-tambah aku duduk depan sekali dengan Lily. rasa macam tak puas pulak naik bendalah nih. aku dengan Lily terjerit-jerit kat atas tu. apa yang syok sangat tak tahu lah. tapi memang kau rasa nak jerit ja biar terkeluar anak tekak. hahaah..
water world
lepastu kami pergi pulak kt 'Water World', tengok pertunjukkan tembak-tembak. nasib ada bawak baju hujan, niat bawak baju hujan sebab nak masuk 'jurasic park'. tapi kat sini pun kena simbah air nasib tak basah lencun. sebanarnya bole dikatakan semua tempat kami masuk, sampai malam balik rumah masing-masing lembik letih sangat..hahaaa aku paling suka masuk 'transformer ride' dengan 'Mummy revenge'. tak menyesal weyh macam nak berator masuk lagi. hahahaa apa pun tempat ni sesuai sangat dijadikan tempat bercuti bersama family and friends.
bergambar dengan transformer
ini tempat pertunjukkan movie 'THE SHREK'. memang best terhentak-hentak kepala aku kat kerusi tuh..
gambar tu penting
puss in boots
orang pink tengah main hujan. hujan lebat time nih
jangan tak percaya kami main benda nih. teringin nak jadi kanak-kanak balik. tapi kejap ja dia pusing memang tak puas. hahaa
yeayy naik sampan kayu dekat Madagascar Ride
beratur tunggu turn
my dear best friends
Cantikkan pemandangan di USS Singapore, susun atur kedai pun cukup cantik. Yang paling penting, Singapore ni memang bersih. Naik bas, pandang tepi dan sekeliling keadaan tak nampak pun sampah dekat kawasan Singapore. Betapa bersihnya kawasan Singapore sedangkan kawasannya pun turut ada kawasan perindustrian. Beza gila dengan tempat aku. Malu pula rasanya!
Apa pun memang best lah pergi sini. tempat yang ada storynya sendiri. i hope one day aku datang sini lagi with my family, insyaallah. tapi rasanya macam tak ley bawak family la pulak sebab ayah aku jenis tak suka tempat macam ni, tera pi pesta penang tu pun naik cemuih dia. dia lepas aku ngan adik aku then mak ayah p date makan kacang cerdik. hahaa feveret mak. Apa2 pun semuanya best.
SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
jangan lupa NIAT PUASA malam ni..ni dia lafaz PUASA ..
nice sharing, saya suka saya suka saya suka
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice place to release tension... harap 1 hari nt blh g sane skali lg
ReplyDeleteHopee too, insyaallah, p dengan family kakku...
ReplyDelete✳PROMO SINGAPORE/TOUR/USS♡
ReplyDelete.
》www.facebook.com/lovetravel86
.
Salam Admin & Semua. ☺ Jika berminat nak join jom #SingaporeTour day trip dari Johor Bahru dari serendah 🔥RM109 sahaja (harga 2019) & 🌍#USSPromo Day Trip from JB murah-murah (PM for Promo).. Pakej Group bole dianjurkan.
.
Banyak #TiketSingapore / #TiketUss on Promo-lain2 juga menanti anda ✳Private Tour (Trip dari JB via car-alza-starex) 🚘 pun ada.. atau nak join bajet Backpackers Trip (JB-SG)? 🙌
.
(WHATSAPP) sis untuk info lanjut ya! 😃 HP: 🔹012-7760219 (JESS)
.
#LoveTravel 🔹www.facebook.com/lovetravel86
.
PM untuk dapatkan "Harga Special" anda ☺
》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
.
Terima kasih [From Johor Bahru]